Radang Sendi Arthritis

  • Lawati Kami di sini

Apa Penyakit Radang Sendi Arthritis??

infront


Sebenarnya, saya terpanggil untuk bercerita tentang Penyakit Radang Sendi  ’Arthritis’ ni kerana semalam saya telah berjumpa seorang makcik yang mengidap penyakit ini dan bertanyakan pada saya apakah supplement yang sesuai untuknya.. Agak lama juga dia menderita penyakit ini sehinggakan tangannya tidak lurus seperti kita yang normal ni.. Balik sahaja rumah, terus saya buat homework tentang penyakit ini.. Biarpun selama ini tak pernah dengar tentangnya…

Apakah Penyakit Arthritis??

Penyakit Arthritis atau lebih dikenali radang sendi merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Kebarangkalian penghidap penyakit ini akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Penyakit ini lebih berisiko untuk menyerang wanita yang belum mengalami putus haid berbanding lelaki.

images (9)

 

Arthritis terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-

  • Rheumatoid arthritis
  • Osteoarthritis.

 

Untitled-7

Rheumatoid arthritis (RA) ialah keradangan yang berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif, menyebabkan bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir. Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA.

Untitled-6

Osteoarthritis (OA) pula terjadi akibat kemerosotan tulang rawan yang menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang bergesel di antara satu sama lain. Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan. Glukosamina ialah gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan (molekul karbohidrat yang melekat pada protein).

 

Apakah Punca Penyakit Rheumatoid Arthritis

Punca penyakit rheumatoid arthritis masih belum diketahui. Namun, diketahui bahawa rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun semulajadi sistem kekebalan tubuh tidak beroperasi dengan betul, sehingga sistem kekebalan tubuh menyerang rangkaian sendi yang sihat dan menyebabkan keradangan dan kerosakan sendi seterusnya. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit Arthritis ini.

 

Apakah Gejala  Rheumatoid Arthritis

Gejala penyakit rheumatoid arthritis bermula dengan rasa letih, kaku, sakit, dan bengkak pada sendi bilateral terpencil. Rheumatoid Arthritis akan menyebabkan rasa-rasa tersebut bermula di tangan, atau kaki dan juga akan mempengaruhi pergelangan tangan serta sendi di tangan. Selain daripada siku, bahu, leher, lutut, pinggul dan pergelangan kaki.

 

Rheumatoid arthritis mempengaruhi lebih daripada 2 juta orang Amerika dengan lebih daripada 1 juta wanita. Walaupun ianya kerap menyerang individu di usia pertengahan, RA juga boleh menyerang warga emas, kanak-kanak-kanak dan belia.

Pada artikel yang akan datang, saya akan bercerita pula tentang supplement apakah yang paling sesuai untuk pengidap Radang Sendi Arthritis ini ya.. Jadi, teruslah setia bersama mamaharwisya.net…

Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan, anda boleh terus hubungi saya:

Call / Watsapp : 019-9498728

Email : mamaharwisya@gmail.com

Add FB saya : Diana Othman untuk chatting secara langsung dengan saya.

Klik Like di FanPage saya: Mama Harwisya Breastfeeding Zone untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT, PROMOSI TERKINI dan INFO PERCUMA.

Konsultasi PERCUMA hanya untuk customer saya sahaja ya..

Penafian: Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu.

You must be logged in to post a comment.